Isnin, 30 Mac 2009

MUSLIM

Sebahagian tanda-tanda seorang muslim ialah kuat dalam memegang agama, keras hati tetapi disertai dengan lemah lembut, beriman dengan menggunakan keyakinan, berpengetahuan disertai dengan kesabaran, berfikir panjang disertai kasih sayang, memberikan mana yang menjadi hak orang dan mengikuti jalan yang benar, berlaku sederhana walaupun kaya, menunjukkan kecukupan sekalipun dalam kekurangan, berbuat baik selagi masih sanggup untuk melakukannya, menanggung segala penderitaan dengan berusaha menghilangkannya, selalu sabar dalam keadaan sukar, tidak dikalahkan oleh kemarahan.

Ia suka menolong terhadap yang teraniaya, berbelas kasihan terhadap yang lemah, tidak bakhil dan juga boros, tidak berlebih-lebihan dan tidak keterlaluan dalam menggenggam hartanya, dan ia suka mengampuni bila dizalimi.
Hassan Basri

MANUSIA PALING ___ ?

Aku temui bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki. Yang paling tenang hidupnya ialah orang yang qana’ah. Yang paling sabar menderita kesakitan ialah orang yang tamak. Yang paling rendah kehidupannya ialah mereka yang menolak dunia. Dan yang paling besar penyesalannya ialah orang berilmu yang melampaui batas.
Hukamak

IHSAN

Yang disebut IHSAN ialah; hendaklah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, dan bila engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Allah sentiasa melihatmu.
Hadith

AMAL DICINTAI ALLAH

Allah tidak akan mendekati seseorang, sebelum orang itu mendekatiNya, dan amal yang paling dicintai Allah ialah amal yang secara berterusan
Hadith

MUKMIN DENGAN MUKMIN

Orang yang menunjukkan untuk membuat kebajikan, sama dengan pahala orang yang mengerjakannya. Seorang mukmin adalah cermin bagi orang mukmin yang lainnya. Orang yang memberi nasihat adalah penolong dan orang yang diberi nasihat adalah orang yang diselamatkan.
Hukamak

Selasa, 10 Mac 2009

MANDI JUMAAT

Barang siapa mandi pada hari Jumaat nescaya Allah S.W.T mengampunkan segala dosanya di antara Jumaat itu sehingga Jumaat lain. Dan Ia jadikan pahala di dalam kuburnya dan berat timbangannya.

DIDOAKAN MALAIKAT

Sesungguhnya para malaikat akan memohonkan keampunan bagi manusia selagi dia berada di dalam kesucian dan tidak berhadas.

DUKACITA

Telitikanlah, sempurnakanlah wudhu’, sesungguhnya wudhu’ itu separuh daripada iman. Maka apabila engkau berwudhu’, janganlah membazirkan air. Kemudian jika telah selesai daripada bersuci maka bacalah: “ inna anzalna hu fi lailatil qadr “ sepuluh kali setelah membasuh kedua belah kaki nescaya Allah melapangkan dukacitamu.

MEMBELAKANGKAN QURAN

Barangsiapa membaca Al-Quran padahal dia tidak menghalalkan yang halal dan tidak mengharamkan yang haram adalah dia termasuk dalam golongan orang-orang yang membuang kitab Allah ke belakang punggungnya.

MUKMIN KUAT

Seorang mukmin akan sentiasa kuat pada agamanya selagi dia tidak memakan barang yang haram. Dan barang siapa menjauhkan diri dari ulamak-ulamak nescaya mati hatinya dan buta dia daripada taat kepada Allah Ta’la.

SEDEKAH

Allah S.W.T tidak akan menerima sembahyang dengan tidak berwudhuk dan tidak pula Ia menerima sedekah daripada harta yang haram.

KEMURKAAN ALLAH

Sabda Rasulullah S.A.W; “ Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya Ia beri rezeki dari harta yang haram. Maka apabila terlalu murkanya Ia terhadap seseorang nescaya Ia wakilkan padanya satu syaitan yang memberkatkan baginya harta yang haram itu dan syaitan itu berkawan dengannya dan membimbangkannya dari agamanya dengan dunia serta ia mudahkan segala urusan dunianya sambil berkata : Allah itu Tuhan yang maha pengampun lagi mengasihani.”

SUBAHAT DAN HARAM

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bermaksud; barang siapa memakan barang yang subahat nescaya samar agamanya dan gelap hatinya. Dan barang siapa memakan barang yang haram nescaya lemah keyakinannya dan didindingi oleh Allah akan doanya dan sedikit ibadatnya.